Followers ~

Wednesday, 3 October 2012


MANCHESTER UNITED


MANCHESTER UNITED merupakan kelab bola sepak yang paling saya minati sejak  saya berusia 8 tahun lagi. Minat saya terhadap United datang secara tiba-tiba iaitu apabila saya menonton perlawanan persahabatan United dalam Jelajah Asia. Semakin lama, saya semakin meminati Manchester United sehingga saya mengikuti perkembangan semasa Manchester United. Saya tidak pernah ''miss" menonton perlawanan United. Jika saya terlepas menonton perlawanan United, pasti saya akan berasa resah dan tidak seronok. Saya telah mengetahui kesemua pemain-pemain utama United sehinggakan pemain simpanan serta pemain unituk skuad kedua turut saya tahu. Sehinggalah musim 2012-13 ini,, saya masih meminati Manchester United . Saya tetap menyokong United meskipun permainan yang dipamerkan oleh United kadang kala membosankan saya. Saya harap prestasi United sentiasa meningkat dan semoga United dapat merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris. Diharapkan juga semoga United dapat menang banyak kejuaraan pada musim ini. Saya yakin gandingan Rooney dan van Persie sebagai striker utama United amat sesuai. Kedua-dua pemain ini memiliki corak permainan yang berbeza yang mampu memberikan impak yang besar kepada kualiti permainan United. Malahan juga, dengan adanya Hernandez, Welbeck dan Henriquez, United pasti akan mampu meraih banyak kejuaraan musim ini. Kelima-lima striker ini mempunyai kualiti permainan yang tinggi. United juga memiliki dua pemain "attacking midfielder" baru yang berbisa iaitu  Kagawa dan Powell. Kedua - dua pemain ini merupakan nadi kekuatan serangan United iaitu merekalah yang bertindak sebagai perancang serangan United. Namun, kedudukan Rooney selaku striker bantuan untuk Van Persie mungkin tergugat kerana kehebatan Kagawa yang menarik perhatian Ferguson. Ferguson lebih suka menggunakan "formation" 4-4-1-1 pada musim ini iaitu meletakkan Persie sebagai penyerang solo dengan dibantu oleh Kagawa. Akan tetapi, saya lebih suka jika Ferguson menggunakan formasi 4-3-1-2 iaitu meletakkan Persie dan Rooney sebagai striker utama serta dibantu oleh Kagawa. Manakala, Nani @ Valencia serta juga Young diletakkan sebagai "winger" dan Carrick sebagai "defensive midfielder". Dengan lambakan striker, Ferguson perlu bijak mengatur strategi dan formasi, serta perlu memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi dan menunjukkan kebolehan yang mereka ada. Saya berharap agar United tetap hebat dan menigkat prestasi. Sejujurnya, saya bercita-cita untuk dapat berpeluang pergi melawat pasukan United di Old Trafford suatu hari nanti.. Saya harap impian saya tercapai....
SKUAD MANCHESTER UNITED 2012-2013

Tuesday, 29 May 2012

Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya,,

"Wahai anakku, carilah ilmu kerana jika kamu menjadi kaya, maka ilmu itulah hartamu, tetapi jika kamu menjadi fakir, maka ilmu itulah yang menjadi perhiasan dirimu.."

Oleh itu,, ternyatalah bahawa ilmu amat penting dalam hidup kita..selagi kita masih hidup,, kita hendaklah terus mencari ilmu..jangan pernah berhenti mendapatkan ilmu..kerana orang yang tidak mencintai imu ialah orang yang bodoh dan rugi...

Saturday, 3 March 2012


Benefits of Playing Soccer

1. Muscle strength
2. Cardiovascular Health
3. Bone strength
4. Weight loss
5. Improves coordination, agility and balance
6. Stress buster
7. Social skills

Friday, 2 March 2012

islamic 3d wallpapers 1024x768 islamic 3d wallpapers

ISLAMIC QUOTES

If you make intense supplication and the timing of the answer is delayed, do not despair of it. His reply to you is guaranteed; but in the way He chooses, not the way you choose, and at the moment He desires, not the moment you desire.

Saturday, 25 February 2012


Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If we were to go through our life without any obstacles, we would be crippled. We would not be as strong as what we could have been. Give every opportunity a chance, leave no room for regrets.