MANCHESTER UNITED
MANCHESTER UNITED merupakan kelab bola sepak yang paling saya minati sejak saya berusia 8 tahun lagi. Minat saya terhadap United datang secara tiba-tiba iaitu apabila saya menonton perlawanan persahabatan United dalam Jelajah Asia. Semakin lama, saya semakin meminati Manchester United sehingga saya mengikuti perkembangan semasa Manchester United. Saya tidak pernah ''miss" menonton perlawanan United. Jika saya terlepas menonton perlawanan United, pasti saya akan berasa resah dan tidak seronok. Saya telah mengetahui kesemua pemain-pemain utama United sehinggakan pemain simpanan serta pemain unituk skuad kedua turut saya tahu. Sehinggalah musim 2012-13 ini,, saya masih meminati Manchester United . Saya tetap menyokong United meskipun permainan yang dipamerkan oleh United kadang kala membosankan saya. Saya harap prestasi United sentiasa meningkat dan semoga United dapat merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris. Diharapkan juga semoga United dapat menang banyak kejuaraan pada musim ini. Saya yakin gandingan Rooney dan van Persie sebagai striker utama United amat sesuai. Kedua-dua pemain ini memiliki corak permainan yang berbeza yang mampu memberikan impak yang besar kepada kualiti permainan United. Malahan juga, dengan adanya Hernandez, Welbeck dan Henriquez, United pasti akan mampu meraih banyak kejuaraan musim ini. Kelima-lima striker ini mempunyai kualiti permainan yang tinggi. United juga memiliki dua pemain "attacking midfielder" baru yang berbisa iaitu Kagawa dan Powell. Kedua - dua pemain ini merupakan nadi kekuatan serangan United iaitu merekalah yang bertindak sebagai perancang serangan United. Namun, kedudukan Rooney selaku striker bantuan untuk Van Persie mungkin tergugat kerana kehebatan Kagawa yang menarik perhatian Ferguson. Ferguson lebih suka menggunakan "formation" 4-4-1-1 pada musim ini iaitu meletakkan Persie sebagai penyerang solo dengan dibantu oleh Kagawa. Akan tetapi, saya lebih suka jika Ferguson menggunakan formasi 4-3-1-2 iaitu meletakkan Persie dan Rooney sebagai striker utama serta dibantu oleh Kagawa. Manakala, Nani @ Valencia serta juga Young diletakkan sebagai "winger" dan Carrick sebagai "defensive midfielder". Dengan lambakan striker, Ferguson perlu bijak mengatur strategi dan formasi, serta perlu memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi dan menunjukkan kebolehan yang mereka ada. Saya berharap agar United tetap hebat dan menigkat prestasi. Sejujurnya, saya bercita-cita untuk dapat berpeluang pergi melawat pasukan United di Old Trafford suatu hari nanti.. Saya harap impian saya tercapai....

SKUAD MANCHESTER UNITED 2012-2013
![]() |
| SKUAD MANCHESTER UNITED 2012-2013 |
